Monday, December 31, 2012

The MOST important thing

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah sejak datang Rusia ni dapat berkenalan dengan kakak2 yang cantik lagi mantap pegangan agama..xhairan laa kalau dorang awal2 lagi dorang dah boleh bina masjid sendiri da..hihi..akak2 kat sini memang strong heart abes laa..DAEBAK gitu..tlebih mmuji plak aku ni..tapi mmg jenis aku pom suke sangat impress ngan sombody..mulut manis nie oiii..kihkih

back to topic utama..harini nak kongsi pasal usrah yang saya join..1 month ago..and it totally osem..my usrah mate 9 org..rmai tu..tapi semua boleh tolerate kan..best laa..first usrah hari tu bincangkan pasal niat..hah..tahu x kalau sbut niat ni its refer tu what??niat ada disebut dalam hadis 1..akak usrah begin with this topic sebabnye dia nk kitorg perbetulkan niat masuk usrah nie..bukan sebab nak makan best,nak escape masak tuk roomate or wat ever laa..tapi nak sentiasa perbetulkan yang salah,pertingkatkan yang baik dalam satu bulatan gembira!!

hadis 1 dari kumpulan hadis 40 dan terjemahannya:




Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.


Latar Belakang hadis:
Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.
Hadis ini adalah antara hadis yang terpenting dalam Islam.
Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis):
  1. Hadis 1: telah dinyatakan di atas.
  2. Hadis 5: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang tidak ada dalam urusan kita (Islam) maka dia tertolak”
  3. Hadis 6: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Antara keduanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh ramai manusia…”
Ketiga-tiga hadis ini telah diperakui oleh Bukhari dan Muslim. Kesemuanya menggariskan 3 ciri kriteria bagi membantu Muslim menilai dan menyemak apa yang telah mereka lakukan dan apa yang mereka katakan sebagai ibadah dalam kehidupan seharian:
  1. Hadith 1 – untuk menilai dan meneliti tindakan dalaman diri (iaitu tindakan hati).
  2. Hadith 5 – untuk menilai dan meneliti tindakan luaran diri (actions of the limbs).
  3. Hadith 6 – untuk menilai dan meneliti tindakan berurusan atau muamalat diri ketika berinteraksi dengan khalayak.
Niat (gerak hati ataupun lintasan dalam hati) mempunyai 2 maksud:
  1. Gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah (contohnya solat).
  2. Keinginan.
Maksud kedua (2.) daripada niat inilah ynag ingin disampaikan melalui hadis ini.
———————————-
Pengajaran Hadis
Nabi Muhammad Rasul Utusan Allah telah memberi isyarat dengan mementingkan hadis ini iaitu hadis yang berprinsip bahawa Kelakuan itu akan dinilai dengan niat atau gerak hatinya. Dan telah pun memberi bersama 3 contoh. Inilah metodologi yang digunakan Rasulullah. Contoh diberi untuk membantu memahami prinsip. Maka dengan itu, manusia lain boleh memahami dengan mudah dan senang pula mengamalkannya dalam apa jua keadaan.
Tiga contoh dalam hadis ini ditunjukkan yang mengandungi niat baik itu adalah berhijrah dan berubah semata-mata kerana Allah dan RasulNya beserta dua lagi contoh niat yang buruk iaitu berhijrah dan berubah hanya semata faedah dunia dan hanya kerana sebuah perkahwinan dan perempuan.
Ibnu al-Qayyim berkata: Any action we do is subject to three defects:
  1. Sedar diperhatikan oleh orang lain apabila melakukan perbuatan baik.
  2. Mengharap balasan atau ganjaran daripada (benefit/reward) perbuatannya.
  3. Merasa cukup dan puas dengan kebaikan yang dilakukan.
Examples:
  • If we go to the masjid for the salah and we are early, arriving before the Imam and finding a place in the first saff, we should not be proud of ourselves and think of ourselves being better than others. We should praise Allah for enabling us to go to the masjid and for being able to perform the salah without any difficulties.
  • After every salah, we should tell ourselves that we could have performed it better and try to improve in our next salah.

  • Apa yang akan berlaku apabila kita menukar niat baik semasa melakukan sesuatu perbuatan baik kepada perbuatan yang lain? Ibn Rajab berkata menurut ulama jika niatnya yang di akhir pekerjaannya itu sama dengan niatnya pada permulaan pekerjaan, maka sebarang pertukaran semasa kerjanya, itu tiada masalah, inysaAllah. Namun, jika niat di akhir itu tidak sama dengan niatnya di awal tadi dan berbuat dengan niat selain kerana Allah, maka kita mestilah bertaubat.
Beberapa hukum yang dapat dikeluarkan oleh ulama berkenaan hadis ini:
  • Apabila ada orang ‘bersumpah dengan nama Allah’ dengan mengatakan “Wallahi” dengan selalu, niat dan tujuan mereka itu sebenarnya bukanlah semata kerana Allah tetapi ia disebabkan oleh kebiasaannya yang selalu bersumpah dikhalayak. Itu sesuatu yang buruk. Begitupun, seorang Muslim itu seharusnya cuba meminimakan perlakuan itu.
  • Apabila seseorang diminta untuk bersumpah, apa yang direkodkan disisi Allah adalah niat sumpahannya itu.
  • There can be a combination of intentions between performing an ibadah and teaching others – we perform an ibadah sallallahu ‘alayhi wasallam, performed the Hajj, he did it for the sake of Allah as well as for teaching the Sahabah (his companions, may Allah be pleased with them all).
  • A man may go through the process of divorcing his wife, verbally or in court, but it is his intention which counts.
  • Apa yang diamati daripada ghibah (umpat – berkata buruk terhadap seseorang yang tiada bersama, tetapi perkara yang disebutkan itu benar) ianya boleh semudahnya menjadi gurauan ataupun do’a. Jika seseorang berkata buruk tentang seseorang yang lain, itu adalah niatnya, daripada itu akan ditentukan samada ianya ghibah atau tidak.
Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Kat sini kita boleh lihat betapa besar nya erti niat itu sendiri..nampak simple tapi impak dia sebenarnya sangat besar..setiap perkara mesti beserta dengan niat xkira sama ada just nak buat perkara remeh seperti menolong ibu bapa menyiapka kerja sekolah mandi tido dan sebagainya laah..as muslim spatutnya kita sentiasa mengamalkan berniat dlm kehidupan harian..cthnya:aku nak mandi ni sebab aku nak myucikan diri aku tuk beribat spnjang harini..hah..tinggg!!dpt pahala free2 jew..hihi..pagi2 sebelum nak pergi kelas tu dah niat daa yang nak pergi belajar ni sebab menimba ilmu itu adalah fardhu kifayah ke dpt grade tggi ke n so on laa..asal niat tu tsemat dlm diri kita dan whole day bersemangat nak study..insya Allah niat betul hasil pom mesti manTOP abes..cuba yang terbaek ye semua especially to celebrate dis new year..get ready dgn azam yang lebih baru..be a muslimah yang berjaya mengamalkan amar makruf nahi munkaf..cayOok semua;)


                                              

No comments:

Post a Comment